Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan bismillah mula dikata. Mengingati kebesaran Allah yang Mulia. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk meluangkan sedikit masa yang bernilai untuk kita sama-sama meneliti dan memahami sejarah ketamadunan Melayu yang telah sekian lama dibincangkan dan dibahaskan. Perlu diingati, bangsa Melayu adalah merupakan bangsa dihormati dan disegani suatu ketika dahulu. Konsep Ketuanan Melayu sering menjadi perbahasan samada bangsa Melayu wajar diberikan hak keistimewaan di tanah air Malaysia yang tercinta. Sebelum membicarakan topik ini, kita mesti memahami bagaimana evolusi ketamadunan bangsa Melayu bermula. Kerajaan-kerajaan Melayu telah sekian lama disebut seperti Langkasuka, Kedah Saiburi, Tanah Sari Tenasserim (Tenang Siram atau Tanah Sari), Segenting Kra, Ayutthia, Langkat, Kedah Lama. Kerajaan-kerajaan ini sebenarnya wujud malah legasi yang ditinggalkan seperti catatan lama, kesan-kesan pengaruh binaan masih ada walaupun beberapa percubaan melenyapkan kesan sejarah empayar tersebut.
No comments:
Post a Comment