Sunday, 27 March 2011

Catitan Perjalanan ke Thailand 13 hingga 18 Mac 2011

Hari Pertama
Kembara ke Thailand bermula di Sungai Petani pada pukul 5.30 pagi.  Saya bersama guru tercinta saya Husaini Salleh yang juga merupakan penulis blog Catitan Santai. Kemudian, kami singgah sebentar di RnR Gurun untuk menunaikan solat subuh. Perjalanan lancar sehinggalah kami tiba di Padang pada pukul 8.30 pagi.
Pemandangan RNR Gurun
Berhenti seketika di Petronas Kangar, Perlis

Di sempadan
Kenderaan yang disewa

Setibanya di Pattani, kami singgah sebentar di Istana Nong Chik. Istana tersebut telah berpagar di jaga oleh orang Thai yang bukan muslim. Tambahan pula, kami tidak dibenarkan masuk ianya tidak dibuka pada hujung minggu. Daripada luar istana tersebut kelihatan dijaga rapi. Seterusnya, kami singgah di pasaraya big C untuk membeli sedikit barang keperluan. Kemudian, Abg Sorri menjemput kami ke rumah saudaranya untuk menjamu sedikit kenduri yang diadakan. Di situ kami melihat suasana tidak jauh bezanya seperti di Malaysia. Sungguh kami tidak sangka, masyarakat disitu amat peramah dan memberikan ‘hospitality’ yang amat memuaskan. Kami mengenali apa bezanya Lakso dan Lakse.
Istana Nong Chik

Pasaraya Big C yang tiada terdapat di Malaysia

Lakso (seperti Mee putih kecil)
Suasana sungguh meriah di rumah saudara Abg Sorri

Pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Thailand), kami meneruskan kembara ke salah sebuah Istana tertua di Pattani iaitu, Istana Jebak puyuh. Ketika itu, hujan renyai-renyai dan kami sempat mengambil sedikit gambar di dalam kereta. Keadaan kota masih utuh tidak seperti di Kota Kuala Muda, Kota Long Jaafar dan kota-kota tertua di Malaysia. Begitu juga ketika kami di masjid Raja Pattani yang dibina oleh Tengku Muhammad Besar yang telah mengjangkau ratusan tahun. Senibina di masjid tersebut juga memaparkan beberapa elemen merong seperti teratai dan naga. Saya begitu bangga dengan masyarakat Pattani yang berjaya memelihara warisan pusaka. Kenapa keadaan ini tidak terjadi di Malaysia?
Papan tanda dihadapan Istana Jebak Puyuh
Pintu hadapan Kota

Masjid Raja Pattani

Ukiran ‘Teratai’ jelas di pintu hadapan

Mimbar masjid yang unik

Perkuburan Tok Ayah juga terletak berdekatan dengan masjid tersebut juga membariskan antara nama-nama penting dalam sejarah Pattani iaitu Makam Lim Ta Niam (Pembina masjid Grisek – Krue Se) dan Sultan Sulaiman Syarif. Kami juga singgah sebentar di Masjid Jamek Pattani. Masjid merupakan masjid rasmi di daerah Pattani oleh kerana reka bentuk nya yang luas dan sering digunakan penduduk.
Makam Sultan Sulaiman Syarif

Masjid Jamek Pattani

Lokasi yang terpenting pada kembara hari pertama adalah Masjid Grisek – Krue Se. Masjid ini telah dibina ketika zaman Sultan Muzaffar Shah. Masjid ini telah dibina oleh pedagang daripada China iaitu Lim Ta Niam di mana beliau telah berkahwin dengan puteri Pattani. Beliau telah berazam untuk membina masjid ini dan hasilnya masjid ini masih berdiri utuh hingga ke hari ini. Antara penjumpaan yang terpenting iaitu seni binanya sama seperti yang terdapat di Candi-candi lembah bujang, Merbok Kedah. Saya amat teruja ketika berada di masjid ini oleh kerana dipercayai Hang Tuah atau “Narai Tun Saaban” telah singgahdi kawasan ini. Jika kita ingat kembali sejarah di Negara kita, bahawa candi-candi di Lembah Bujang adalah bukti kedatangan agama Hindu dan Buddha. Akan tetapi berlainan pula terjadi di Masjid Grisek. Seni bina nya seakan candi tetapi ia merupakan sebuah masjid yang digunakan oleh orang muslim di sini. Saya berharap pihak bertanggungjawab perlu menjalankan penyelidikan lebih telus terhadap Candi-Candi di Lembah Bujang, malah penemuan terbaru di Sungai Batu, Bedong yang juga titik penting kepada sejarah-sejarah yang diceritakan generasi muda.  
Pandangan sisi masjid yang kelihatan sama seperti di Candi Lembah Bujang

Pandangan belakang masjid

Masih kukuh

Reka bentuk yang menjadi tanda tanya. Pernah anda melihatnya di candi-candi Lembah Bujang?

Seni bina gabungan Mughal dan Parsi

Penulis di hadapan masjid

Kawasan luar masjid.

Juga diberitakan bahawa masjid ini pernah diserang oleh pasukan komando Thailand dengan menaiki Helikopter. Pasukan tentera menuduh militan bersembunyi di masjid ini dan menyimpan senjata. Kejadian menyanyat hati, orang-orang tidak berdosa mati terbunuh.
Kemudian, kami melawat rumah gabenor Pattani yang merupakan penguasa dilantik Raja Thai. Amat mewah dan berseri rumah ini. Saya jangka pemiliknya mempunyai pertalian baik dengan keluarga di Raja Thai.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Saiburi. Menurut abg Sorri, panggilan lama untuk Kedah adalah Saiburi. Sebab itulah, terdapat panggilan Kedah Saiburi oleh kerana rata-rata masyarakat disitu bernaung kepada kerajaan Kedah pada ketika itu. Antara yang menarik dikawasan ini adalah sebuah rumah lama yang berusia lebih 200 tahun. Rumah tersebut kepunyaan Tengku Abdul Rahim. Menurut beliau, bapanya (Tengku Jusoh) berhijrah daripada Sumatera ke Pattani dan berkahwin dengan orang tempatan. Beliau juga mengatakan, keturunannya juga ada kaitan dengan kerabat diraja Kelantan. Salasilah beliau yang diceritakan adalah seperti berikut:-

Tengku Abd Rahim 
                     | (anak kepada) 
Tengku Jusoh
                   | (anak kepada)
Tengku Mohammad 
                 | (abg kepada)
Tengku Jalal 
                   | (anak kepada)
Tengku Mutalib

Senibina jelas memperlihatkan ciri-ciri Merong

Penulis bersama Tengku Abdul Rahim

Telaga Lama di rumah beliau
Batu-bata yang pipih dan leper sama seperti di Kota Long Jaafar dan Kota Ngah Ibrahim

Di Saiburi juga, terdapat masjid Taluban memperlihatkan ciri-ciri Merong dan Teratai di bahagian bumbung.

Setelah penat kami sempat menjamu selera di Pekan Pattani. Hidangan amat istimewa iaitu nasi kerabu. Ada sedikit kelainan dalam penyediaan nasi kerabu, iaitu terdapat lada hitam. Hidangan yang sihat dan menyelerakan memberikan tenaga untuk meneruskan perjalanan.

Kedai antik bersebelahan

Keadaan di sekitar pekan Pattani

Tepat pada pukul 8.30 malam kami tiba di Songkla. Terdapat gerbang pintu Songkla yang menarik. Ada beberapa ukiran sama seperti Masjid Raja dan ciri-ciri Merong. Kebanyakan masyarakat melayu disitu tidak boleh bertutur dalam bahasa melayu. Terdapat masjid lama (Masjid Asasul) yang di bina ketika zaman Sultan Sulaiman (Raja Bersiung). Alhamdulillah sempat kami menunaikan solat Isyak di masjid itu. Tirai kembara berlabuh untuk hari pertama.


Ukiran sama seperti Masjid Raja di Pattani
Senibina Kachapuri.


Fungsinya seperti balai nobat di Kedah untuk melaungkan azan.


No comments:

Post a Comment