Pada hari kedua, kami mulakan dengan mendirikan solat subuh di Masjid Asasul yang dikenali sebagai Ban Bun (Kampung Atas). Beberapa ukiran yang sempat saya rakamkan ketika berada di masjid ini. Antaranya simbol teratai amat jelas kelihatan pada tiang masjid.
Jam menunjukkan 6.50 pagi, perjalanan diteruskan ke Nakon Si Tarammarat.
| Jambatan yang menghubungkan kawasan Songkla | Jambatan yang lurus dan panjang |
| Patung Buddha disaluti warna emas | Makanan pagi di nikmati |
Makanan di Songkla(Singgora) agak pedas hinggakan ada diantara kami berpeluh. Makanan yang terdapat di sini tidak jauh bezanya dengan yang terdapat di Malaysia. Sajian untuk makanan pagi adalah seperti ikan keli, dan gulai daging.
Kami singgah di salah sebuah tinggalan masjid yang terdapat di sini iaitu Masjid Sultan Sulaiman. Masjid asal telah dirobohkan dan kerajaan Thailand telah member peruntukkan untuk membina masjid yang baru. Kami berasa amat kesal dengan keadaan ini. Kami meneruskan perjalanan ke makam Sultan Sulaiman yang berada tidak jauh daripada masjid tersebut.
| Masjid Sultan Sulaiman (baru) | Pemandangan sekitar masjid yang dikelilingi bukit |
| Perjalanan ke Nakon Si Tammarat | Pintu masuk ke makam Sultan Sulaiman Shah |
Abg sorri memberitahu bahawa makam tersebut merupakan salah seorang Sultan yang memerintah kawasan Songkla (Singgora). Pihak kerajaan Thailand telah membuat pengisytiharan bahawa makam yang berada di kawasan tersebut adalah warisan sejarah. Pada papan tertera bahawa beliau (Phrachao Mueang Songkla) merupakan pemerintah di Songkla sekitar 1619 hingga 1668. Beliau juga membuka pekan Khao Daeng yang mana telah berkembang pesat atas perdagangan pihak Belanda, British dan Perancis di kawasan Asia Tenggara. Tertera juga mengatakan beliau adalah Melayu Muslim , pesuruhjaya Maharaja Siam dan di bawah kawalan Nakhon Si Thammarat. Secara logik, bagaimana seorang Melayu Muslim menjadi commissioner atau pesuruhjaya kepada Maharaja Siam melainkan maharaja tersebut juga merupakan seorang muslim. Papan tanda tersebut memberikan sedikit maklumat tentang apa yang berlaku ketika ini. Makam yang dimaksudkan oleh Abg Sorri telah dihiasi dan dilengkapi dengan pondok kecil. Akan tetapi, batu nesan pada makam tersebut adalah baru dan tidak menunjukkan ciri-ciri darah Raja or keturunan raja.
| Papan tanda | Makam yang dikatakan “Sultan Sulaiman Shah” |
| Makam yang dikatakan anak Sultan Sulaiman Shah | Pandangan sisi makam Sultan Sulaiman |
Secara tidak sengaja, saya terpandang kubur yang berada di luar pondok tersebut yang sama reka bentuknya dengan makam Long Jaafar di kampong Tualang, Pendang, Kedah. Pendapat peribadi saya, tidak syak mungkin inilah makam Sultan Sulaiman Shah yang sebenar. Walaupun keadaannya tidak terjaga, saya berpendapat kerajaan Thailand mungkin ada niat yang tersirat. Mungkin dengan cara ini, pihak yang tidak senang dengan sejarah silam ingin menghapuskan sama sekali kesan yang masih tertinggal. Dan akhirnya masyarakat melayu setempat tidak akan bangkit mempertahankan makam yang sebenar. Cuba lihat gambar di bawah untuk makam yang dimaksudkan:-
| | |
Perjalanan ke Nakhon Si Tammarat juga menyeronokkan oleh kerana tidak banyak belok dan kebanyakkan adalah ‘straight line’. Antara pemandangan yang sempat saya rakamkan adalah seperti di bawah.
| Kincir angin untuk menjanakan elektrik |
Sementara itu saya sempat singgah di sebuah kuil terbesar di Nakhon Si Tammarat.
| | |
| | Reka bentuk yang pernah kita lihat sebelum ini. |
Nakhon Si Tammarat
Nakhon Si Tammarat bermakna ‘Kota yang Kukuh dan Besar’. Kota tersebut terletak ditepi jalan dan merupakan kawasan pertahanan yang agak luas. Kegagahan kota ini memang terselah berdasarkan keluasan kawasan yang terlihat.
| |||
Menurut catatan pada papan tanda:-
Kota Ligor telah dibuat padanya pemerintah Narai (2220 Tahun siam). Ia dijadikan sebagai tempat simpanan senjata dan kemudian dibaiki selepas pemerintahan Chakri II (2479 Tahun Siam). Kota ini telah diubah strukturnya hingga tinggal sebahagiannya. Semasa pemerintahan Raja Thai sekarang, ia dijadikan tempat rekriasi keluarga diraja.
Menurut blog sejarah Negara Kedah, Syarif Abu Bakar merupakan Raja Ligor yang bersemayam di kota ini dari tahun 1767 hingga 1782 setelah Kota Ayutthia jatuh ke tangan tentera Sokho Thai. Kota tersergam indah juga mencatatkan bahawa Sultan Sulaiman (1583 – 1642M) merupakan pesuruhjaya kepada Raja Siam dan di bawah kekuasaan Raja Ligor. Penduduk sekitar kota ini menggelarkan kota ini sebagai Kota Lega oleh kerana suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perdagangan yang terkenal oleh para pedagang asing. Melihat kepada kegagahan kota ini, saya percaya kota ini memang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dan saya juga mendapat tahu bahawa simbol pada kota ini sama seperti yang terdapat di Kubang Pasu dan Istana Narai (Lop Buri).
Perjalanan diteruskan ke Ranong iaitu dikenali sebagai Segenting Kra. Dipercayai disinilah tempat anak anak Raja Melayu berlindung daripada serangan askar Sukhothai dan Burma. Pada 12.10 tengah hari kami tiba di Sala yang bermaksud “Pondok Berhenti”. Pada jam 2.30 petang, kami singgah makan distesen petrol di mana terdapat Orang Islam berniaga disitu.
| | |
Jalan menuju ke Ranong ber tar tetapi ditidak digelek sempurna dan serpihan bertaburan. Pemandangan yang menarik juga mengasyikkan serta nyaman.
| Banjaran di lihat di sekitar Ranong | |
Pada 6.20 petang, kami tiba di suatu tempat di Ranong dikenali sebagai “Tha Chan” atau Gajah Berhenti. Kami singgah salah sebuah masjid disitu untuk menunaikan Solat fardu Asar Kami sempat menemuramah penduduk disitu dan ingin bertanyakan tentang batu gajah yang dikatakan tempat disebut sempadan Negeri Melayu zaman silam.
| Singgah untuk menunaikan Solat Asar | Singgah untuk bertanya kepada penduduk tempatan |
Menurut penduduk disitu, tempat yang kami cari adalah “Ban Hin Chan” iaitu Kampung Gajah Duduk. Waktu senja hampir dan kami telah bergegas untuk mencari kampung tersebut. Alhamdulillah, hasilnya kami telah berjaya menjumpai kampung tersebut dan bertemu dengan en Salleh yang merupakan penduduk tempatan situ. Perjalanan agak mencabar oleh kerana menuruni bukit dan waktu tersebut adalah sekitar 8.00 malam.
| Abg Sorri menaiki moto roda tiga bersama en Salleh (gambar didepan) | Ke lokasi batu sempadan |
Pemandangan sekitar lokasi baru sempadan | Batu sempadan yang dimaksudkan. |
| |
Oleh kerana en Salleh hanya fasih dalam bahasa siam, abg sorri telah menjadi pengantara bahasa. Antara perbualan yang dirakamkan bersama en Salleh.
| En Salleh | : Dahulu batu ini berupa gajah akan tetapi ada individu tertentu telah meletakkan bom dan menyebabkan strukturnya pecah. |
| Penulis | : Siapakah yang meletakkan batu ini di sini? |
| En Salleh | : Bugis atau Fallanc (puak orang putih). Dahulu, rupa batu ini memang menyerupai seekor gajah. Penduduk tempatan juga telah hairan dengan kewujudan gajah ini. |
| Penulis | : Betul ke batu menujukkan ia adalah sempadan kawasan melayu zaman dahulu? |
| En Salleh | : Berdekatan sini terdapat pulau. Tetapi kena pergi dengan perahu dan terdapat kampong Melayu di namakan “Kok Sing Ngai” disebelah Thailand dan “Kok Sing Tong” disebelah Burma. Semasa tahun 2230 (Tahun Thailand), Maharaja Ayuthia yang akhir Syarif Yang Dipertuan semasa itu memerintah Ligor. |
Saya sempat mengambil gambar kawasan yang dikatakan batu sempatan Melayu zaman silam. Pengalaman ini amat menyeronokkan dan kami berasa bertuah dapat mengumpulkan sedikit bahan-bahan kajian.
| |
Selepas itu kami beredar untuk mendapatkan juadah makan malam. Agak terhad untuk mendapatkan makanan halal. Tirai kembara berlabuh untuk hari kedua dan kami menginap di Hotel Tinidee, Ranong.
| Pemandangan sekitar Bandar Ranong | |
| Hotel Tinidee | Masjid Ridvan di Ranong |
| Hanya satu gerai Halal | |
| |
No comments:
Post a Comment