Monday, 1 October 2012


Hari Ketiga (15 Mac 2011)
Pada hari ketiga, kami merancang untuk meneruskan perjalanan kembara daripada Ranong ke Bangkok. Tapi sebelum itu kami akan meneroka kesan-kesan sejarah yang terdapat di Ranong. Kami bangun pada pukul 7.10 pagi (waktu Malaysia). Saya sempat mengambil gambar peta Ranong atau dikenali sebagai Segenting Kra.

Antara tinggalan yang sempat kami singgah adalah makam yang dikatakan raja di Ranong.
 Makam Khor Ku Su Chiang
Batu tanda makam tersebut






Ikuti penerangan berikutnya:-





Abg Sorri              : Makam ini terdapat pada tahun 2426 (Thailand). Selepas tu Raja Chulalongkorn telah mengambil pemerintahan selepas itu. Makam ini dikatakan berbangsa Cina. Binaan yang terdapat di sini adalah sebagai tanda hormat terhadap jasa beliau. Makam di bina semula pada tahun 2433.
Atas daya dan metafizik, kami merasakan kubur ini telah diubah suai mengikut selera pemerintah semasa itu. Sejak dahulu memang terdapat hubungan diplomatik antara kerajaan Islam China dan Melayu. Malah terdapat perkahwinan diraja yang wujud untuk mengeratkan lagi kerjasama itu. Sebagai contoh Sultan Abdul Majid Hasan (Sultan Brunei kedua) yang memerintah dari tahun 1402 hingga 1408 Masihi. Makam baginda juga telah diubah suai mengikut citarasa pemerintah China yang sekarang ini adalah berfahaman komunis.
Sedutan daripada Malay history: What’s missing from the textbooks: -
Whole communities of Chinese Muslims had already been living in Kampong Batu well before the 12th Century. It is clearly recorded in the 1973 Brunei Museum Journal, and was visited by professors from Japan and China
Oleh itu tidak hairanlah bahawa makam raja-raja Melayu di Ranong akan diubah mungkin kerana tidak mahu sejarah sebenar akan terbongkar.

Pada pukul 9.00 pagi, kami menikmati juadah sarapan pagi di Kampung Ban Hin Chang.


Kampung Ban Hin Chang


Pemandangan mengadap Burma




Masyarakat di sini tidak jauh beza seperti di Malaysia


Pada pukul 10.30 pagu kami telah singgah ke rumah En Salleh dan Alhamdulillah dengan keadaan dan masa diizinkan Allah kami dapat menyambung perbualan semalam. Ikuti perbincangan saya bersama en Salleh.
En Salleh              : Saya cuba mencari satu peta yang membolehkan kita mencari salasilah penduduk di sini. Jika saya memperolehinya mungkin saya boleh faxkan kepada awak. Masalah sekarang ialah peta tersebut telah hancur dan memerlukan orang yang masih menyimpan gambar tersebut. Peta itu meliputi salasilah raja-raja dahulu. Pada 10 Februari 2011, pemimpin penting Thailand iaitu Somtit (ketua tentera) dan Arifin Omar (wakil rakyat Narathiwat) telah datang mencari peta tersebut. Boleh jadi kerabat di sini dan Pattani ada kaitan salasilah. Ketika dahulu tiada sekatan untuk orang Melayu menetap dan berpindah randah antara “Kok Sing Ngai” disebelah Thailand dan “Kok Sing Tong” disebelah Burma. Akan tetapi Bugis atau Portugis (Fallanc) telah meletakkan batu sempadan tersebut telah memisahkan kedua-dua kawasan.
Dengan tidak semena-mena perbualan kami disampuk oleh seorang berada disitu dan fasih bercakap melayu. Beliau memperkenalkan diri sebagai Pak Din.
Pak Din : Bagi orang tua yang berumur 70-80 an, dan jika di Pattani dan Pulau Tuntung (berdekatan dengan Burma dan Ranong) pun ada orang tua yang berumur sekitar tersebut, berbincang tentang salasilah, dan mereka akan memberikan jawapan yang sama iaitu tanah di Ranong adalah hak orang Melayu. Pada usia sekitar kita, boleh dikatakan fakta dibawa boleh dipercayai 50/50 oleh kerana sifat semulajadi iaitu “lidah tidak bertulang”.
<beliau menggunakan loghat Kedah dalam perbualan tersebut>
Pak Din yang dimaksudkan iaitu penduduk di Ranong fasih berbahasa Melayu loghat Kedah
Pak Din : Telah 10 tahun saya mengembara untuk membuat kerja-kerja agama. Saya boleh berbahasa Melayu, En Salleh hanya boleh bercakap dalam bahasa Siam. Saya telah mengembara di Pattani, Songhkla, Narathiwat, Yala, hinggalah ke Chumpong. Saya telah menetap di Ranong lebih 30 tahun dan sebelum itu saya menetap di Pulau Tuntung, Burma.
Penulis : Tahu tak kampong Hulu?
Pak Din : Saya tahu.
Penulis : Tahu tak kampong Tengah?
Pak Din : Saya tahu.
Penulis : Penduduk disitu ada geran tanah masing-masing?
Pak Din : Ada. Tulisannya ada yang jawi dan rumi.
Penulis : Ada dinyatakan Sultan memberi kuasa tanah-tanah tanah tersebut?
Pak Din : Kampung ini adalah tanah siam, dan Melayu. Akan tetapi selepas orang putih datang untuk mengambil segala kekayaan orang-orang kita di sini. Dan semasa zaman tersebut kita telah dijajah oleh mereka.
Kepayahan orang Melayu diceritakan sehingga orang Melayu tidak boleh memasang pelita dan rokok tidak boleh dihisap. Jikalau nak hisap, kena masuk ke dalam hutan dan pakai kain daun ‘kelor’ dan tiada benang. Nak membeli barang, kerja amat payah oleh kerana tiada duit. Dakwaan penjajah adalah, orang Melayu bukanlah tuan tanah di Burma. Maka berlakulah perebutan dan pergelutan antara orang Melayu dan bangsa penjajah. Kebanyakan penduduk melarikan diri daripada kampong asal mereka.
Persoalan saya lontarkan iaitu :-
Penulis : Kubur raja-raja Melayu ada diburma?
Pak Din : Dulu ada. Tapi sekarang dah tiada. Kebanyakan kubur raja-raja berada di tanah siam (Thailand).
Ikutilah sedutan seterusnya. Maklumat yang penting dalam sedutan perbualan adalah Raja Tok Ku Chiang adalah berasal daripada Songhkla dan dipercayai beliau adalah Melayu Islam. Akan tetapi terdapat ketika era rampasan kuasa menyebabkan kebanyakan Orang Melayu kehilangan kuasa ditanah air mereka sendiri.

Petikan pertama.

Petikan kedua.


Selepas itu perjalanan diteruskan dengan kami melawat kembali tempat sempadan Melayu zaman silam iaitu batu gajah.

Batu Gajah

Pemandangan mengadap Burma

Pemandangan sekitar

Gambar penulis
Pada pukul 11.50 pagi kami sampai di Ismuth of Kra (segmenting kra) iaitu bahagian paling kecil menyambungkan kawasan Melayu dan Siam.

Segenting Kra

Berdekatan dengan sempadan Thailand-Burma

Pemandangan sekitar

Papan tanda sempadan

Lukisan memberi seribu makna
Antara petikan papan tanda adalah:-
“Kor-kod kra adalah kawasan yang paling sempit dalam kawasan Melayu dari Timur ke Barat yang berkeluasa hanya 50km. Bahagian barat adalah lautan India adalah daerah Kraburi, Ranong. Bahagian Timur adalah menghadap Teluk Siam/Thailand dalam kawasan Chumphon. Kor-Kod Kra diambil nama bersempena nama sungai iaitu ‘Kra’. Pada waktu dahulu, King Narai menggunakan kawasan segmenting kra untuk perdangangan. Pada masa sekarang tempat ini digunakan untuk tarikan pelancong. Terdapat cadangan dan kajian untuk membina terusan digunakan oleh kapal-kapal dari lautan India hingga ke Teluk Siam/Thailand.”

Tepat pada jam 12.15 tengah hari, kami sampai di kawasan dinamakan Batu Hitam yang di mana terdapat post kawalan polis.

Kawasan dinamakan Batu Hitam

Busut berdekatan


Gambar Raja Chulalongkorn terpada pada pada busut tersebut
Batu Hitam dimaksudkan
 Petikan video:-

Pada jam 1.53 petang, kami telah berehat di kawasan rehat di Kun Sarai (Chumphon)
Pemandu bersama pelayan di restoran
Makanan yang menyelerakan

Tempat solat untuk pengunjung Muslim

Din Daeng (Tanah Merah)

Pada pukul 7.00 malam kami telah tiba di Bangkok.
Terdapat kedai Petronas di Bangkok
Singgah di stesen Petrol, agak mahal rate minyak


Tepat pada jam 9.00 malam, tirai kembara berlabuh di Ayutthaya.





No comments:

Post a Comment